Pages

Sunday, 29 May 2016

Projek Pemasangan Penyaman Udara di Masjid Pak Sabah, Dungun, Terengganu



Sempena Ramadhan yang bakal menemui kita tidak lama lagi, pemasangan penyaman udara tentunya menambahkan lagi keselesaan para jemaah untuk beribadah di masjid lebih-lebih lagi untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti terutamanya solat tarawikh berjemaah. 

Sehubungan dengan itu, pihak AJK amat mengalu-alukan sumbangan dari para jemaah bagi menampung kos pemasangan penyaman udara. Marilah sama-sama kita membantu sesuai kemampuan kita . Semoga ia menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
(Al-Baqarah : ayat 267)


Anggaran Perbelanjaan;
a) Penyaman Udara - 21 Unit (2.5HP 20 unit + 5HP 1 unit)     RM 57,000.00
b) Upah Pemasangan (21 Unit)      RM 8,800.00
c) Pendawaian     RM 23,500.00
d) Pemasangan Dinding Cermin      RM 10,400.00
e) Perbelanjaan Berkaitan. Cth:TNB dll.     RM 4,500.00

JUMLAH BESAR : RM 104,200.00

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun:  
MASJID PAK SABAH, DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN
No akaun BANK ISLAM : 1304 4010 0007 50

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Bendahari AJK Masjid Pak Sabah, Dungun Tuan Haji Dait bin Mohamad