Pages

Tuesday, 7 June 2016

Perkembangan Terkini (6 Jun) Projek Pemasangan Penyaman Udara

Kerja-kerja pemasangan penyaman udara sedang giat dijalankan.Sepanjang dua hari tarawih di bulan Ramadhan ini, dua penyaman udara yang terletak di saf paling hadapan sudah berfungsi dan telah digunakan.






Setakat ini, sebanyak RM 49, 010 telah terkumpul hasil sumbangan tuan-tuan dan puan-puan. Hanya Allah sahaj yang mampu membalas budi dan sedekah yang telah diberikan. Pihak Masjid mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar Allah memurahkan lagi rezeki tuan puan serta diberikan kesenangan hidup di Dunia & Akhirat.

Untuk menyempurnakan projek ini, pihak masjid masih memerlukan baki sebanyak RM 51, 190. Maklumat lanjut mengenai pecahan perbelanjaan boleh didapati di sini.
Segala sumbangan tuan-tuan & puan-puan boleh disalurkan melalui langkah-langkah berikut:

Akaun Bank Islam;
No akaun: 1304 4010 0007 50
Nama: Masjid Pak Sabah, Dungun, Terengganu Darul Iman

Atau disalurkan terus kepada AJK Masjid.

Thursday, 2 June 2016

Perkembangan Terkini (2 Jun 2016) Pemasangan Penyaman Udara

Baki 20 unit penyaman udara 2.5 HP telah selamat tiba pada tengah hari tadi di Masjid Pak Sabah Dungun. Kerja-kerja pemasangan telah pun dimulakan dan sekiranya tiada masalah yang menghalang, para jemaah akan bersama-sama dapat merasai keselesaan beribadat di masjid ini pada Ramadhan yang bakal tiba.







Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan terus ke akaun:  
MASJID PAK SABAH, DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN
No akaun BANK ISLAM : 1304 4010 0007 50

Untuk maklumat lanjut:
Perkembangan Projek Pemasangan Penyaman Udara
Projek Pemasangan Penyaman Udara di Masjid Pak Sabah, Dungun, Terengganu.


Wednesday, 1 June 2016

Perkembangan Projek Pemasangan Penyaman Udara

Pada hari ini, 1 unit penyaman udara Daikin 5 HP telah tiba di Masjid Pak Sabah.


Penghantaran seterusnya dijangka akan tiba pada hari esok dan kerja-kerja pemasangan akan dilakukan secara berperingkat. Pihak masjid menjangkakan sebahagian daripada penyaman udara ini akan dapat berfungsi pada bulan Ramadhan yang bakal menemui kita minggu hadapan. Diharap ia mampu memberi keselesaan kepada para jemaah untuk beribadat.

Teruskan menyumbang kepada tabung masjid bagi sama-sama menjayakan projek ini serta projek-projek yang akan datang.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun:  
MASJID PAK SABAH, DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN
No akaun BANK ISLAM : 1304 4010 0007 50

Untuk maklumat lanjut:
Projek Pemasangan Penyaman Udara

Sunday, 29 May 2016

Projek Pemasangan Penyaman Udara di Masjid Pak Sabah, Dungun, Terengganu



Sempena Ramadhan yang bakal menemui kita tidak lama lagi, pemasangan penyaman udara tentunya menambahkan lagi keselesaan para jemaah untuk beribadah di masjid lebih-lebih lagi untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti terutamanya solat tarawikh berjemaah. 

Sehubungan dengan itu, pihak AJK amat mengalu-alukan sumbangan dari para jemaah bagi menampung kos pemasangan penyaman udara. Marilah sama-sama kita membantu sesuai kemampuan kita . Semoga ia menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
(Al-Baqarah : ayat 267)


Anggaran Perbelanjaan;
a) Penyaman Udara - 21 Unit (2.5HP 20 unit + 5HP 1 unit)     RM 57,000.00
b) Upah Pemasangan (21 Unit)      RM 8,800.00
c) Pendawaian     RM 23,500.00
d) Pemasangan Dinding Cermin      RM 10,400.00
e) Perbelanjaan Berkaitan. Cth:TNB dll.     RM 4,500.00

JUMLAH BESAR : RM 104,200.00

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun:  
MASJID PAK SABAH, DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN
No akaun BANK ISLAM : 1304 4010 0007 50

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Bendahari AJK Masjid Pak Sabah, Dungun Tuan Haji Dait bin Mohamad